Assalamualaikum :)
ada beberapa benda yang dah jadi since aku last update or post kt sini..
1. UiTM
ya uitm.. mesti pelik kenapa kan? tak ada yang peliknya.. selepas beberapa kali ditolak untuk jadi full time student dekat UiTM.. aku plan untuk join secara part time je.. jadi seperti kerja sambil belajar ah gitchuu.. aku start masuk UiTM 2022.. sejujurnya memang nervous untuk belajar balik setelah beberapa tahun aku tinggalkan study. last was diploma on 2017.. lamaaaa kan? tahu..
nervous juga untuk kenal dengan orang baru.. tapi alhamdulillah. sebelum masuk kelas first aku dah kenal beberapa sebab aku active dalam group and terus jadi class rep.. HAHAHA.. takpe. thats a good sign untuk aku start kenal dengan lebih ramai orang dengan lain-lain pengalaman.. jadi, 2 semester yg pertama kelas aku semua online je. tiba-tiba start masuk semester 3, UiTM kata akan start kelas face to face.. so kelas akan jadi like 2 weeks 1 sunday kena join and pergi Puncak Alam untuk attend kelas physical..
aku sangat-sangat la beruntung dapat kenal sorang ni dan lagi beruntung bila orang tu duduk dekat dengan aku. aku ampang, dia cheras.. dan until now kitorang berkawan dan group makin besar.. dari bertiga jadi ber-4 dan ber-5 dan tiba-tiba dah ber-6.. Alhamdulillah dapat dikelilingi dengan orang-orang yang baik-baik.. dan pandai, fuhh..
so, sekarang ni. aku akan masuk semester 7.. im a senior now haha.. dan study makin susah.. of course tiada yang mudah dalam hidup.. tak apa. kita terima semua..
**
2. Tunang
terkejut? aku pun..
siapa sangka aku dah tunang even aku sendiri masih tak sangka aku dah jadi tunang orang.. tapi, bagi aku tunang ni aku rasa macam sama je.. aku tak ada rasa beza dekat mana-mana pun.. mungkin title saja yang lain. but then, masih sama..
aku berulang kali pikir, betul ke keputusan aku buat untuk bertunang ni? sediakah aku? sediakah kita? semoga Allah jaga hubungan ni..
so in few months im getting married.. WHAT? MONTHS? takut bila fikir balik tapi we go with the flow kan? semua baik-baik saja..
preparation? nak ikut kan hanya 30-40% je dah ready.. sempat ke? hmm..
**
3. kerja
aku dah pindah kerja baru.. start on december 2025.. and kalau ikut sekarang ni aku dah nak masuk 4 bulan kat sini.. banyak benda aku belajar, banyak orang aku dah jumpa.. mostly doctors and nurses.. seronok jumpa and tengok operation, and experience new things mcm pakai scrub (baju bedah), tengok operation.. selama ni seronok tengok dekat dalam tv je.. macam cerita korea semua tu. best betul.. and lagi best bila dapat experience sendiri benda-benda ni semua. Alhamdulillah for this bless life..
dikelilingi oleh orang-orang yang baik, tiada gosip sana sini, semua straightforward tiada kata belakang.. mungkin sebab aku bekerja dengan lain agama yang mana aku tak pernah lagi sebelum ini.. jadi, vibe memang sangat lain.. great, new experience..
**
setakat ini, yang aku ingat cuma ini..
love,
hanymyra
No comments:
Post a Comment